Friday, June 3, 2011

DSLR dan Cara Ia Berfungsi


Apa itu DSLR?
DSLR bermaksud Digital Single-Lens Reflex atau Kamera Digital Berlensa Pantul Tunggal. Bunyi mcm pelik tapi maksud sebenarnye adalah kamera digital yang menggunakan sistem cermin mekanikal danpentaprism untuk memantul dan menghalakan cahaya daripada lensa ke viewfinder di belakang kamera.

    


Prinsip Kerja DSLR
DSLR menggunakan prinsip yang mana cermin digunakan untuk memantulkan cahaya/imej yang akan diambil ke pentaprism, disini cahaya/imej itu akan dipantulkan 2 kali dalam pentaprism dan pantulan terakhir ke viewfinder seterusnya ke mata pengguna. Inilah yang membezakan kamera DSLR dengan kamera digital biasa @ point-and-shoot camera(P&S/PnS) yang mana gambarnya kita lihat melalui skrin LCD. Gambar melalui LCD kebiasaanya adalah gambar yang sudah diproses oleh kamera itu dan tidak menunjukkan gambar/imej yang sebenarnya.
Prinsip kerja DSLR. Source: Wikipedia
1. Susunan kanta dalam lens
2. Reflex miror/cermin pantulan
4. Sensor Imej
5. Matte focusing screen
6. Condenser Lens
7. Pentaprism
8. Eyepiece/Viewfinder
.
Cahaya/Imej yang masuk akan melalui beberapa siri kanta dalam lens (1) dan dipantulkan ke arah pentaprism oleh cermin yang diletakan dalam kedudukan sudut 45°(2), imej ini akan jadi terbalik(prinsip cermin). Imej tadi akan melalui Matte focusing screen(5) dan Condenser lens(6) untuk ditumpukan(focus) dan diperjelaskan sebelum memasuki pentaprism(7) yang mana ia akan dipantulkan 2 kali untuk memperbetulkan imej yang diterbalikan oleh cermin tadi. Imej kemudian akan menuju ke arah eye-piece/viewfinder(8) seterusnya ke mata pengguna.
Ketika gambar hendak dirakamkan, cermin pantulan akan berayun ke atas mengikut arah anak panah, Focal-plane shutter(3) akan terbuka dan imej akan terhala ke Sensor Imej(4) dan seterusnya dirakamkan dan diproses oleh kamera. Setelah selesai, shutter akan tertutup dan cermin pantulan akan kembali ke kedudukan sudut 45° semula. Sela masa yang diambil oleh shutter untuk buka dan tutup akan mempengaruhi exposure pada gambar yang akan diambil.

Jenis-Jenis DSLR
Setelah mempelajari sedikit sebanyak mengenai DSLR, sekarang kita akan melihat jenis2 DSLR yang ada dalam pasaran hari ini.
Sekarang ini, kebanyakan jenis DSLR dibezakan melalui saiz sensor pada DSLR itu sendiri. Saiz filem yang normal adalah 35mm dan saiz ini telah menjadi saiz rujukan untuk semua jenis sensor yang dihasilkan. Kamera yang mempunyai saiz sensor 35mm selalunya akan dipanggil “Full Frame/FF” manakala lain2 kamera yang mempunyai sensor lebih kecil dikelaskan mengikut nisbah saiz sensor itu kepada saiz full frame dan diberi istilah “Crop Factor”.Perhatikan gambar dibawah untuk lebih memahami.

Source: dPS
.
Hitam – Full Frame (1.0x Crop Factor)
Merah – 1.3x Crop Factor
Kuning – 1.5x Crop Factor
Hijau – 1.6x Crop Factor
.
Oleh itu, jika kita berdiri di tempat yang sama dan mengambil gambar, kamera full frame akan menghasilkan gambar yang lebih luas dan besar berbanding kamera dengan crop factor. :)
Crop Factor ini sangat penting ketika membeli kamera kerana ia akan mempengaruhi jarak focal(focal length) pada lens yang akan digunakan bersama2 kamera itu. Juga, sesetengah lens adalah spesifik untuk saiz sensor tertentu sahaja.
.
Dibawah ini disertakan jenis2 sensor yang ada dalam pasaran sekarang. Setiap jenama mempunyai saiz sensor yang berlainan tetapi ada juga yang sama.
Source: Wikipedia
Antara contoh2 kamera mengikut saiz sensor ini:
1. Full Frame(1.0x Crop Factor) – Nikon: D700, D3, D3X; Canon: 1Ds Mark III, 5D Mark II, 5D; Sony: Alpha 850, Alpha 900
2. Canon APS-H(1.3x Crop Factor) – Canon EOS-1D Mark IV, 1D Mark III , 1D Mark II (dan Mark II N), Leica M8, M8.2
3. Nikon/Pentax APS-C(1.5x Crop Factor) – Semua DSLR Nikon,Sony dan Pentax kecuali yang full frame diatas.
4. Canon APS-C(1.6 Crop Factor) – Canon EOS 7D, 500D, 550D, 60D, 50D, 1000D, 40D, 400D, 30D, 450D, 350D

Bagaimana saiz sensor dan crop factor mempengaruhi gambar yang dihasilkan?
Sensor yang lebih besar akan menghasilkan gambar:
  • rendah noise
  • tinggi sensitiviti ISO
  • Kualiti gambar lebih baik
  • Depth of field yang lebih luas
Kamera DSLR dgn crop factor 1.6x + Lens 50mm
= 1.6 X 50mm = 80mm
Kamera DSLR Full frame + Lens 80mm

.