Saturday, June 4, 2011

Apa itu ISO?


ISO or ASA adalah bagaimana sensitif filem atau kamera digital kepada cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO. ISO adalah sama dengan ASA. ASA digunakan sehingga era 80an, selepas itu ianya dipanggil ISO.
Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan aperture dan shutter speed yang anda perlukan. Tambahkan ISO jika anda menggunakan aperture kecil dan shutter speed yang lebih pantas. Ini kerana ISO akan memberikan cahaya yang lebih untuk imej anda.
Untuk film atau ‘point and shoot’ camera, biasanya tersedia dengan ISO 50 atau 100. ISO yang lebih pantas adalah seperti ISO 800 atau 1600. Digital SLR adalah lebih sensitif kepada cahaya daripada kamera filem atau kamera digital yang berlensa tetap (fixed-lens).
Penggunaan ISO yang rendah adalah untuk mengurangkan ‘noise’ atau ‘grain’. Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih ‘grain’ berbanding dengan ISO rendah.