Saturday, June 16, 2012

Jerebu: 8 Kawasan Catat IPU Tinggi Di Selangor, Putrajaya


Jerebu: 8 Kawasan Catat IPU Tinggi Di Selangor, Putrajaya


Lapan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi setakat jam 3.15 petang tadi.
Lapan kawasan yang mencatat IPU tertinggi ialah Putrajaya (101), Pelabuhan Klang (142), Shah Alam (130), Petaling Jaya (131), Banting (120), Kuala Selangor (101) di Selangor serta Cheras (133), dan Batu Muda di Kuala Lumpur (128).
Jerebu ini berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir, Sumatera Timur, Indonesia yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.

Pengiraan IPU

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Gambar Jerebu Kuala Lumpur, Selangor

jerebu1
jerebu2
jerebu3