Tuesday, April 17, 2012

DIPUKUL DAN DI BOGEL




KUALA LUMPUR: Tanpa motif atau sebab tertentu, remaja lelaki dibelasah dengan batang mop hingga patah tangan kiri serta menerima tiga jahitan di kepala, selain dibogelkan dua lelaki yang dipercayai mabuk.
Dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini jam 2 petang kelmarin, mangsa yang berusia 14 tahun sebelum itu diajak rakannya ke kedai runcit di blok kediaman rumah mereka.
Dia yang enggan mendedahkan identitinya berkata, selepas ke kedai rakannya mengajaknya ke kolam renang pula.

“Saya mengikutnya ke kolam renang tanpa syak tetapi apabila sampai, saya terkejut melihat ada dua lelaki berusia 30-an di situ seolah-olah menunggu kedatangan kami.

“Saya kenal dua lelaki itu kerana mereka juga tinggal di kawasan perumahan kami. Sebaik melihat dua lelaki itu, rakan saya tiba-tiba meninggalkan saya bersendirian di kawasan kolam renang itu,” katanya  ..SUMBER Harian Metro 

INTAKE TERBARU INSTEP PETRONAS( JULAI INTAKE 2012) ~ JOM MASUK INSTEP


Syarat-Syarat Permohonan

Permohonan mestilah dibuat secara "online" melalui portal laman web ini. (Permohonan akan dibuka mulai 16 Apr 2012jam 8.00 pagi dan ditutup pada 26 Apr 2012jam 5.00 petang).

Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank - No. Akaun: 13020021371054.

Untuk memudahkan urusan permohonan, anda dinasihatkan menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran.

PERHATIAN :
  • Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
  • Jika anda membuat pembayaran yuran proses menggunakan money order/postal order, sila catatkan Nama dan Kad Pengenalan di belakangnya dan hantar ke : 

    Lot 9764, Mukim Batu Rakit, 
    21020 Kuala Terengganu, Terengganu.

Sila teliti/dapatkan setiap panduan yang disediakan di laman web bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa mengisi maklumat permohonan secara "online".



KLIK DISINI UNTUK DAFTAR KEMASUKAN KE INSTEP 




Faedah join INSTEP
-6 bulan belajar di INSTEP dan 6 bulan lagi on job training untuk kursus PTP-1.
- Elaun diberi
- Penginapan, pengangkutan dan makan semua ditanggung oleh Petronas.
-Peluang kerja dengan Petronas memang tinggi
-Peluang kerja dengan company oil & gas lain pun cerah.


Rahsia RONALDO Sebelum Menjadi Bintang







Rahsia Cristiano Ronaldo sebelum menjadi bintang :- “Saya mengucapkan terima kasih kepada Albert Fantrau rakan lama saya untuk kejayaan yang saya capai sekarang..kami bermain bersama-sama untuk pasukan yang sama dalam U-championship bwah 18. apabila pengurus Sporting Lisbon datang untuk melihat kami, dia berkata ” Siapa yang menjaring lebih banyak gol layak di akademi kami “. “Kami memenangi perlawanan itu 3-0. saya menyumbat gol pertama kemudian Albert menjaringkan kedua dengan tandukan yang hebat .tetapi gol ketiga adalah mendebarkan untuk kami semua. Albert satu lawan satu dengan penjaga gol, dia menggelecek penjaga gol dan saya berlari di hadapannya. apa yang hanya patut dilakukannya adalah untuk menjaringkan gol tetapi dia memberi bola kepada saya dan saya menjaringkan gol ketiga, jadi saya layak ke akademi Sporting Lisbon. selepas perlawanan, saya bertemu beliau dan saya berkata kepadanya, “Mengapa? ” jawabnyanya “Awak lebih bagus daripada saya” .. “Wartawan pergi ke rumah Albert dan bertanya kepadanya jika ia adalah cerita benar. dia menjawab ya. dia juga berkata bahawa kerjayanya sebagai pemain selepas perlawanan berakhir dan kini menganggur. tanya wartawan ” Tetapi bagaimana anda membina rumah ini begitu besar, anda mempunyai kereta. Anda kelihatan seperti seorang yang kaya. Anda juga mempunyai keluarga .. Dari mana semua ini datang? ” Albert dengan bangganya menjawab: “Ia adalah dari Ronaldo! “ -HC-



EPL : Wigan Athletic 2 Arsenal 1.







PEMAIN Wigan Athletic, Jordi Gomez (kanan), berjaya melepasi kawalan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny (bawah), untuk jaringan gol kedua pasukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, awal pagi ini. Keputusan Wigan Athletic 2 Arsenal 1. - Foto AP

Najib lancar Preve, kereta global pertama Proton





SERI KEMBANGAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan Proton Preve, kereta global pertama Proton di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) di sini. 

Model baru, yang bertujuan dapat mengukuhkan pasaran eksport pengeluar kereta nasional itu ditawarkan pada harga RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual, RM62,990 bagi standard eksekutif automatik CVT dan RM72,990 seunit bagi versi premium.
Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed,  Penasihat Proton Holdings, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Ali,  Pengerusi Eksekutif Proton Holdings, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil dan Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Najib berkata, keupayaan untuk mengeluarkan sebuah kereta yang global adalah suatu mercu tanda kejayaan yang amat penting kepada Proton kerana untuk mencapai tahap piawaian dan standard antarabangsa terbabit, ketelitian dan fokus kepada aspek kualiti tidak boleh dipandang ringan. 



"Semuanya harus berada pada tahap 'global standard'. Saya sendiri sangat berbangga dengan keupayaan Proton dan ini membuktikan bahawa kereta kita juga setaraf atau lebih baik dari kereta berjenama antarabangsa yang lain," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kereta berkenaan. 

Dalam pada itu, beliau berkata, untuk memastikan Proton dan semua syarikat automatif tempatan dapat bersaing dengan kereta terkemuka dunia, kerajaan menerusi Dasar Automatif Negara (DAN) sudah menggariskan pelbagai insentif bertujuan meningkatkan daya saing industri automatif tempatan bagi jangka panjang. 


Katanya, ini termasuk penyediaan pelbagai insentif dan pakej geran dan dana automatif yang komprehensif serta pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan usahasama strategik dengan rakan dagang utama negara. 
"Kerajaan juga sedang mengkaji semula DAN yang akan merangkumi skop yang lebih luas dengan mengambilkira kepentingan semua pihak termasuk syarikat kereta, vendor, institusi kewangan dan pengguna.  

"Insyallah, pembentangan cadangan akhir ini akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet tidak lama lagi," katanya
PROTON PREVE