Wednesday, June 20, 2012

KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR ILUSI 3D


KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR ILUSI 3D

hanya orang jiwa seni je mampu buat~




























WANITA INI DIPUKUL DAN DIBOGEL




Umur baru 19 Tahun Pandu Porsche


 

BANDARAYA MELAKA - Seorang remaja memandu kereta jenis Porsche Carrera 911 antara 56 disaman kerana tidak mempamerkan pelekat ‘P’ dalam operasi oleh penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, malam kelmarin.


Remaja berusia 19 tahun yang memandu kenderaan bernilai lebih setengah juta ringgit itu disaman dalam Ops Pengarah selama tiga jam, bermula jam 9 malam di Jalan Tun Abdul Razak berhadapan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), di sini.

Pengarahnya, Mohd Fadhil Hassan berkata, seorang pembantu restoran berusia 24 tahun turut ditahan kerana menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dengan nombor pendaftaran palsu.

“Suspek mempunyai lesen memandu yang sah tetapi pemeriksaan terhadap motosikal yang didakwanya milik majikan mendapati nombor casis dan enjin didaftar atas motosikal lain iaitu jenis Honda EX5.

“Suspek yang disyaki menunggang motosikal curi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, bagaimanapun saya difahamkan pemeriksaan awal terhadapnya mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media selepas operasi.

Menurutnya, motosikal terbabit disita bersama enam motosikal dan sebuah kereta yang lain.

“Semua tujuh motosikal dan sebuah kereta yang disita adalah hasil pemeriksaan terhadap 461 kenderaan dalam operasi disertai 77 anggota.

“Sebanyak 125 kesalahan dikesan namun hanya 56 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk 11 tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh dan 37 pengguna tiada lesen memandu,” katanya.
Beliau berkata, sebanyak 67 kes kesalahan teknikal ialah cermin gelap (42), lampu HID (empat) dan nombor pendaftaran 19 kesalahan iaitu kereta (14) dan motosikal (lima) serta dua lagi lain-lain kesalahan.-Sinar


# Bertuah la ,muda-muda dah boleh pandu 
Porsche Carrera 911,  nanti bila dah besar ,pandu apa ye ? ?

Koleksi-Koleksi Topi Pelik~ adoi ada jugak macam ini 

Teknik Terbaru Membaiki Tiang Elektrik Di China ( Super Lawak )

Warga bandar Guilin di selatan China dikejutkan dengan teknik terbaru yang digunakan oleh Telekom China untuk membaiki sebatang tiang elektrik yang patah.Mungkin teknik ini nampak kuno tetapi, percayalah ia mampu menyelesaikan masalah tiang elektrik yang patah..  ~!!




Wah begitu hebat china~ hahaha kalau jumpe kat negara kita nie mesti gelak sampai kering gusi~

8 tips untuk ex bf/gf menyesal


Sunday, June 17, 2012

8 tips untuk ex bf/gf menyesal


8 cara nak menyakitkan hati orang yang myakitkan hati kita dan buat dia menyesal.

1. Untuk menyakitkan hati bila bf atau gf anda minta break, anda cakap kat dia camne  "Dah lama saya tunggu peluang ne. Terima kasih banyak-banyak la memudahkan kerja saya." Lepas tu lompat-lompat la sikit nak tunjuk anda gembira (padahal dalam hati sedih giler)

2. Pulangkan semua gambar-gambar ex anda. Letak gambar tu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Pastu buat short note kat situ "p/s :Awak yang mana satu eh ? sorry la,saya dah lupa. Pilih la sendiri pastu hantar balik kat saya."

3. Bila nampak ex anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki lain, sapa lah mereka dan cakap "Eh,awak bukan bf/gf aku nombor 5 ke? lama tak jumpa!". Kalau nak buat dia bengang lagi, cari sorang budak yang nampak rock pastu tegur diorang "Jah, adik kau mintak duit nak makan kat aku. Kau tak kesian ke kat dia?". 

4. Cubalah bergaya sikit. Kalau dulu masa couple anda pakai selekeh je. Pakai la pakaian kemas nak bagi nampak anda berpelajaran. Baju RM 10 pun kalau anda pandai menggayakannya boleh nampak kacak jugak. Mesti dia menyesal meninggalkan anda.
 

5. Bila nampak dia online kt FB , Twitter terus post status atau gambar-gambar saat anda bahagia bersama kawan-kawan. Untuk menunjukkan anda boleh hidup bahagia tanpa dia.Kalau la dia dah remove anda, cuba tag gambar anda tengah bahagia tu kat kawan-kawan dia. Mungkin dia akan tengok.
 
6. Biasanya, selepas clash ex anda akan cuba anggap anda sebagai kawan la konon. Cakap je dekat dia "Saya dah ada sejuta kawan,tak ada awak lebih bahagia hidup saya." Mesti dia bengang.
 
7. Kalau anda masih belajar lagi, masa ne la nak tunjuk tanpa dia pun anda boleh berjaya. Belajar sunguh-sungguh. Dapat kerja beli keta Ferrari. Pastu lalu tepi dia cakap "Lama tak jumpa awak. Eh, nak pegi mana ne, boleh saya tumpangkan."
 
8. Anda cari je orang lain yang lebih baik,hensem,cantik,romantik daripada ex bf/gf anda. Kalau dia ternampak saat anda bahagia mesti dia jealous. Padan muka sebab dulu tak appreciate. Dushh!
 
Apa pun, ne je yang aku nak cakap.Our eyes are placed in front because it is more important to look ahead than to look back. Yang lepas lupakan je. Mulakan hidup yang baru.


Saturday, June 16, 2012

Jerebu: 8 Kawasan Catat IPU Tinggi Di Selangor, Putrajaya


Jerebu: 8 Kawasan Catat IPU Tinggi Di Selangor, Putrajaya


Lapan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi setakat jam 3.15 petang tadi.
Lapan kawasan yang mencatat IPU tertinggi ialah Putrajaya (101), Pelabuhan Klang (142), Shah Alam (130), Petaling Jaya (131), Banting (120), Kuala Selangor (101) di Selangor serta Cheras (133), dan Batu Muda di Kuala Lumpur (128).
Jerebu ini berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir, Sumatera Timur, Indonesia yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.

Pengiraan IPU

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Gambar Jerebu Kuala Lumpur, Selangor

jerebu1
jerebu2
jerebu3

Koleksi topi Pelik


Salam, bagi peminat atau hobi dia suka kumpul topi mungkin entry nie menjadi inspirasi korang. Mana la tau , kot-kot korang nak kumpul  macam topi-topi dibawah~  

























Kenapa trafik penting dalam setiap blog ?  Abg Nuffnang ooo abg Nuffnang kasi la BE kat kita semua ~ 
zdvnk