Saturday, June 4, 2011

Ape Itu Aperture

APERTURE

Aperture merupakan bukaan diafragma yang ada pada lens kamera DSLR korang. Bukaan lebar aperture di tentukan dengan jumlah F yang dinyatakan pada lens kamera korang. Lagi besar indeks aperture, lagi kecil bukaan diafragma lens korang. Jadi kesimpulannya, lagi besar bukaan diafragma, lagi banyak cahaya yang masuk.

Indeks Aperture yang ada


Bagi yang mahir dengan kamera DSLR ni, aperture ni dorang gunakan untuk menentukan Depth Of Field (DOF) kualiti gambar yang bakal dihasilkan. Depth Of Field ni merupakan tahap kedalam sesuatu gambar yang korang nak. Untuk korang lagi paham dengan apa yang di maksudkan DOF ni, cuba korang tengok pada gambar yang aku tunjukkan kat bawah ni.
Untuk yang tak paham, depth of field ni nampak jelas bila korang ambil gambar secara zoom. Korang perasan tak, kalau cameraman yang pro, gambar yang dia zoom memang jelas, hingga selain gambar yang difokus, memang nampak blur je.
Tengok gambar yang di atas ni, gambar di atas dia gunakan aperture yang rendah, jadi DOF dia besar, so keseluruhan gambar akan nampak jelas, walaupun secara kasarnya cameraman tu memfokuskan pada bahagian tengah gambar tersebut. Gambar di bawah pula menggunakan aperture yang tinggi, so bila cameraman zoom bahagian tengah gambar tu, bahagian lain memang jadi kabur dan tak jelas.
Harap penerangan mengenai aperture pada bahagian kali dapat korang fahami. Rasanya ini yang penting mengenai aperture pada kamera DSLR ni. Kalau ada yang masih tak faham, tanya la k. Kalau tahu, aku jawab. Tapi kalau tak tahu, kita sama-sama cari penyelesaian. Aku pun baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni.

semakin kecik nilai F pada lens..semakin mahal lens itu...huhuhuhu